Kacang Lupakan Kulit..

No Comments »




Ada satu kisah,semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah.Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti.Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apabila keluar nanti sendiri.Induknya iaitu batang pohon kacang,menyatakan kesanggupan menerima permintaan sang biji.Oleh itu,kulit pun dibuat lagi bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan biji kacang.

Demikianlah,sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung.Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya.Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnya sedemikian rupa.Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan.Sementara si kulit,iaitu cengkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.

Kini tibalah saat menuai.Petani mula memetik setiap batang kacang dengan memilih kacang yang berbiji dua,tiga ataupun lebih bagi dijual dengan harga yang berbeza.Keadaan sudah berubah.Kini sang biji tidak lagi berada dalam tanah tetapi berada dalam udara bebas yang lebih segar dan tidak menakutkan.Semua pengutip kacang lebih fokus kepada biji kacang dan bukannya kepada kulitnya.Tiada seorang pun yang menyatakan betapa biji kacang yang enak dan besar adalah kerana kulit yang begitu kuat melindunginya.Sang biji pun 'lupa' kepada kulit yang membungkusnya sekian lama semasa sang biji dipuji-puji kerana keindahan dan kelazatan yang dinikmati manusia.Bukanhanya itu,semasa kulit dibuka dan biji diambil,kulitnya dibuang begitu sahaja.Tiada ungkapan terima kasih diucapkan sang biji kepada si kulit.Hal yang serupa pun terjadi semasa sang biji mula bercambah mengeluarkan tunas baru.Serta-merta kulit keluar perlahan-lahan dilupakan bahkan busuk tanpa diketahui sang biji yang lebih menumpukan perhatian kepada tunas baru yang mula tumbuh.Ini kisah yang indah bagaimana kita sering lupa mengucapkan terima kasih bagaikan kacang lupakan kulit.



P/S: Aku nak bagitahu nih dekat korang.Untuk pengetahuan korang semua,pakar komunikasi berkata,ada tiga kata ajaib yang dapat membina hubungan baik antara insan iaitu terima kasih,maaf, dan tolong.Daripada himpunan 3 kata ini,kata 'terima kasih' memiliki kekuatan yang terbesar.Apabila dikategorikan berdasarkan yang penting,2 kata yang penting adalah 'terima kasih'  manakala satu lagi yang penting adalah 'kami'.Kata yang paling kurang penting ialah 'saya'.Ungkapan terima kasih sesungguhnya didasari rasa syukur kepada Tuhan atas rahmatNya kepada seseorang.Tuhan menggunakan orang lain bagi membantu seseorang melakukan sesuatu ataupun memberi sesuatu.Itulah sebabnya mereka yang jarang mengungkapkan rasa terima kasih memiliki rasa syukur yang kurang mendalam kepada Tuhan.

Ulasan aku pulak untuk kata 'kami' tu mungkin sebab macam 'teamwork'.sebab tu penting apabila bekerjasama antara satu sama lain.Jadi istilah 'kami' tu sesuai dan amat penting.Kata 'saya' pula,ia menyatakan tentang diri sendiri.Tidak mempunyai sebarang kekuatan.Sampai bila kita mampu sendiri dengan tidak mendapat sokongan daripada sesiapa?Tidak mungkin kita akan berdiri lama.Mesti akan hadir seseorang untuk membantu anda walaupun hanya sekadar sokongan dan dorongan..Ye tak?Aku bukan professor untuk buat kaji selidik ni.tapi bagi aku,inilah yang aku faham mengenai istilah yang digunakan..kalau ada sebarang kesilapan pada apa-apa yang aku ungkapkan ini,anda dialu-alukan untuk memperbetulkan kesalahan yang aku dah buat..TERIMA KASIH... ;)

BY : IKHWAN BASHEER


Lubang Bekas Paku

1 Comment »



Seorang ayah menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah.Pada suatu hari,anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak di sebelah rumah.Setibanya di tepi kandang kuda,si ayah berkata kepada anaknya,"Anakku,jika kamu marah,ketuklah paku itu sekuat hatimu.Buatlah begitu."Semenjak saat itu,apabila si anak berasa marah pada sesiapa pun,dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kudanya.Mudah baginya melakukan perkara itu.Sebulan kemudian,si anak menunjukkan kepada bapanya dengan rasa bangga paku-paku yang sudah ditanamkannya ke dalam pagar kandang yang kini sudah semakin banyak.

Ayahnya berkata,"Sekarang,sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah serta dapat memohon maaf daripada orang lain,cabut paku-paku itu satu per satu.Buatlah begitu seterusnya!"

Si anak bersetuju tanpa tahu apakah tujuan sebenar si ayah menyusuhnya berbuat begitu.
Sebulan kemudian,si ayah bertanya,"Adakah paku yang ditanam sudah dicabut?"
Dengan tegas,si anak menjawab,"Ada,saya sudah cabut kesemuanya!"

Ayahnya segera mahu melihat hasil kerja si anak lantas menuju ke pagar kandang kudanya.Setibanya di sana,si ayah berkata,"Memang semua paku sudah dicabut,namun ada bekas lubang yang jelas kelihatan."Ini bererti semasa kita memarahi seseorang,ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu.Walaupun kita kemudiannya memohon maaf (iaitu tindakan mencabut kembali paku itu),hal itu tetap meninggalkan parut.

P/S: Kemarahan sememangnya meninggalkan kesan buruk pada emosi,baik bagi pihak yang memarahi mahupun pihak yang dimarahi.Malah,di dalam buku berjudul Emosi yang Mematikan,karya Don Colber,M.D., berkata kemarahan menyebabkan munculnya penyakit-penyakit seperti hipertensi,sakit dalam perut,sakit jantung,tremor dan barah..Namun demikian,tidak ada satu rencana pun yang melarang seseorang marah.Semasa zon selesa seseorang terganggu,maka rasa tidak puas hati muncul.Manifestasi tidak puas hati ini mungkin dilepaskan dalam bentuk kata-kata ataupun tindakan yang melukakan hati seseorang.Luka itu tentu meninggalkan bekas yang tidak mudah dilupakan walaupun sudah saling bersalaman memohon maaf pada hari lebaran.

Kualiti hidup seseorang dapat dilihat pada masa dia menghadapi rasa tidak puas hati itu.Kematangan peribadi seseorang teruji pada masa dia mengalami gelodak emosi atau kemarahan.Semua orang boleh melepaskan rasa marah.Namun,bagaimana cara dan bentuk melempiaskan kemarahan itu berbeza di antara seseorang dengan orang lain..

Aku pun pernah alami macam situasi di atas.Kadang-kadang bila kita marah orang tu,kita tak perasaan.Nak buat macam mana kan,dah nafsu amarah tu menguasai diri.Tapi alhamdulilah la tak ada perkataan tak elok yang keluar daripada mulut aku ni..ada insuran lagi maaa...hehehe..Walaupun aku marah,aku tak ada niat pun nak buat sesiapa sakit hati.Cuma nak menegur kesilapan.kadang-kadang kita tegur cara elok,diorang tak makan saman,bila dah tegur cara sedikit lembut,heheh..faham-faham lah kome yek..
Cuma aku tak suka orang cuba untuk mencabar kesabaran aku deh..aku juga manusia biasa yang ada naluri untukk marah.kalau tak ada rasa nak marah tu,hati kerig je memanjang..bukanlah  namanya manusia normal tu..hahahha..apa-apa pon..cau cincau dulu lah..aku nak siapkan kerja aku dulu..terima kasih kepada yang sudi membaca dan singgah walaupun sekejap di blog aku yang serba "daif " sangat nih..Assalamualaikum



BY: IKHWAN BASHEER

Jahiliah Abad ke-21

No Comments »



Aku bukan nak bercerita pasal apa-apa yang korang rasa dan baca macam tajuk di atas.Tapi kan..aku nak beri korang baca pasal hakikat nih..ce baca ..baca la dulu baru korang tahu apakah isi daripada tajuk di atas..
Aku tak suka paksa orang baca tapiiiiiiiiiiiii.........................
aku nak juga korang baca..baca jangan tak baca,,..

Zaman jahiliah bukanlah satu zaman yang mempunyai tarikh yang khusus dalam sejarah.Ia sebenarnya suatu keadaan yang berlaku apabila hukum hakam dan syariat yang berhubung dengan kehidupan ditentukan mengikut kehendak hawa nafsu manusia serta terpisah daripada kaedah dan syariat yang ditetapkan Allah.Jika sesuatu zaman dan tempat mempunyai ciri-ciri ini,ia menepati ciri-ciri jahiliah.
(Said Hawa,al-Asas fi al-Tafsir,jil. 3,halaman 1412).

Oleh sebab itu,jahiliah tidak wujud hanya pada zaman sebelum kebangkitan Nabi,sebaliknya ia juga wujud pada era teknologi dan globalisasi pada hari ini.Jika diperhatikan sifat dan sikap negatif jahiliah semakin menular dalam masyarakat Islam kini.Islam sentiasa merentasi masa dan zaman.



by : IKHWAN BASHEER

Maaf ...IM SO SORRY...BCOZZZ...OF...

No Comments »

Assalamualaikum..


maaf,aku belum sempat nak update blog ni..masih letih buat blog ni..mood pun hilang jugak.mana tak nye,kena angkut widget-widget untuk susun dalam blog ni.fuh!letihhhh!!lenguh tangan aku nih...heheh..
apa-apa pon..terima kasih pada kamu semua yang sudi lawat blog ni walaupun sekejap je..lepas ni aku janji pada korang,aku akan update banyak2..dan korang datang la balik ye baca..hahahah..
sori la..aku ""tersyok sendiri"" pulak..check-it out okey??


by:
IKHWAN BASHEER

Analogi Hamka

No Comments »

Assalamualaikum..


Haji Abdul Malik Amrullah atau lebih dikenali dengan Buya Hamka pernah membuat satu analogi yang begitu menarik dalam menghuraikan keindahan khusyuk.Hayatilah kata-kata Buya Hamka ini:
"Orang yang tidak khusyuk itu samalah seperti orang yang mengunci jendela pada setiap malam agar tidak dimasuki pencuri.Pada saat tangannya menolak engsel,matanya memastikan ia benar-benar berhasil mengunci jendelanya bahkan telinganya pula sempat mendengar bunyi engsel menyelak pintu.Namun kerana kegagalannya untuk khusyuk,sebaik tiba di pembaringan,lantas ia bangun kembali sambil bertanya pada hati sendiri:'Adakah aku telah mengunci jendela?'Lalu apa gunanya mata yang melihat,tangan yang bergerak dan telinga yang mendengar sewaktu jendelanya dikunci?'
Subhanallah,amat benar sekali makna kata-kata Buya Hamka dalam mengungkapkan betapa khusyuk itu merupakan dalam setiap amalan hamba.Bahkan diriwayatkan bahawa para sahabat yang cedera dipanah musuh,telah berhasil dicabut panah yang masih melekat di betis mereka,sedangkan mereka sedang tenggelam dalam kekhusyukan beribadah pada-Nya..
SUBHANALLAH!!


by: