Semut Yang Tidak Mengenal Putus Asa..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Anda baca tajuk di atas??Apa yang ada dalam fikiran anda sekarang?Anda berfikir bahawa saya akan mencoretkan mengenai semut yang ingin keluar mencari rezeki??Tentu sekali tidak.Saya ingin mengisahkan tentang seekor semut yang tidak mengenal erti putus asa untuk meneruskan hidupnya.


Ketika dalam perjalanan pulang sebentar tadi,saya melihat seekor semut di bahagian depan kenderaan yang saya  naiki.Kenderaan yang dibawa menyelusuri jalan dan seperti kita sedia maklum,semestinya kita akan berthadapan dengan angin bukan?Begitulah yang ingin saya ceritakan di sini.Kita saya meneruskan perjalanan,saya terpandang seekor semut ini yang berada di dashboard(di luar).Semut itu semut yang kecil,ya,..seekor semut kecil.Saya terus memerhatikan gerak gerinya di dashbord tersebut.Saya sangkakan semut itu sudah mati sebab ia langsung tidak bergerak dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.STATIK..itulah perkataan yang paling tepat untuk membayangkan keadaan semut tersebut.Sambil meneruskan perjalanan,saya tetap terus mencuri melihat semut itu,sangkaan saya meleset,saya melihat semut itu masih hidup dan bergerak sedikit demi sedikit namun tidak laju pergerakannya.Dia mencengkam di dashbord dengan kuat bagi mengelakkan dirinya dihanyutkn oleh angin.Terdetik rasa kagum dalam hati saya mengenai kecekalan semut ini.Dia sedar,sekiranya dia bergerak terlalu laju,dia akan dihanyutkan oleh angin yang sedang bertiup dari hadapan kenderaan saya.Sungguh,Subhanallah,unik ciptaan Tuhan.Semut ini kelihatan kecil tapi semangatnya untuk meneruskan hidup begitu besar jika mahu dibandingkan dengan dirinya.Setelah saya tiba di destinasi saya(rumah la),saya melihat semut itu bergerak seperti biasa ,malahan lebih ligat daripada semasa kenderaan saya sedang bergerak tadi..Dia tetap normal macam semut2 yang lain.Sungguh,saya rasa kagum dengan semut berkenaan biarpun saya hanya menjadi pemerhati pergerakan semut itu..

Moral: Jangan memandang rendah pada kebolehan seseorang biarpun dia itu pada zahirnya kelihatan agak teruk tapi sebaliknya kita tidak tahu bahawa kemungkinan dia adalah seorang yang akan berjaya di kemudian hari kelak.Siapa tahu kan..Hanya Allah sahaja yang mengetahui dan sebaik-baik PENCIPTA sekalian makhluk.Wallahua'lam..

Semut yang tidak pernah mengenal erti putus asa
(sekadar gambar hiasan)



Create by :

This entry was posted on Sunday 12 February 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply