Siapa Sebenarnya Luqman al-Hakim?

Assalamualaikum w.b.t

Siapakah Luqman al-Hakim??

Siapakah sebenarnya Luqman al-Hakim?Al-Quran al-Karim tidak menjelaskan tentang biodata Luqman,sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang begitu murni dan amat bernilai.Seandainya biodata Luqman merupakan suatu perkara yang penting,sudah tentu ia dipaparkan dalam al-Quran.Meskipun sedemikian,tidak menjadi satu kesalahan,jika dihimpunkan segala perbicaraan ahli tafsir tentang topik ini.

Berdasarkan riwayat-riwayat yang ma'thur,Luqman berasal dari daerah Nobiy yang terletak di Sudan,bahagian selatan Mesir.

Ulama berselisih pendapat sama ada beliau seorang pengembala,tukang kayu atau pengutip kayu api.Al-Ruba'i menjelaskan Luqman adalah seorang hamba dan beliau telah dibeli oleh seorang lelaki daripada Bani Israel dengan harga 30 dinar setengah.

Ulama juga berselisih pendapat sama ada Luqman seorang hamba ataupun tidak.Luqman pernah bertemu dengan Nabi Daud a.s. dan beliau juga merupakan seorang kadi yang mengeluarkan fatwa kepada Bani Israel.Apabila Nabi Daud diutus,Luqman tidak lagi mengeluarkan fatwa.Apabila ditanya kenapa beliau bersikap sedemikian,beliau menjawab: "Tidaklah aku perlu mencukupkanmu,sedangkan  engkau telah dicukupkan."
(Bahr al-Muhit-Anu Haiyan)

Sumber rujukan : Buku penulis Ahmad Hasan Mohd Nazam


by:

This entry was posted on Sunday, 12 February 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply