Kacang Lupakan Kulit..




Ada satu kisah,semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah.Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti.Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apabila keluar nanti sendiri.Induknya iaitu batang pohon kacang,menyatakan kesanggupan menerima permintaan sang biji.Oleh itu,kulit pun dibuat lagi bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan biji kacang.

Demikianlah,sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung.Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya.Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnya sedemikian rupa.Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan.Sementara si kulit,iaitu cengkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.

Kini tibalah saat menuai.Petani mula memetik setiap batang kacang dengan memilih kacang yang berbiji dua,tiga ataupun lebih bagi dijual dengan harga yang berbeza.Keadaan sudah berubah.Kini sang biji tidak lagi berada dalam tanah tetapi berada dalam udara bebas yang lebih segar dan tidak menakutkan.Semua pengutip kacang lebih fokus kepada biji kacang dan bukannya kepada kulitnya.Tiada seorang pun yang menyatakan betapa biji kacang yang enak dan besar adalah kerana kulit yang begitu kuat melindunginya.Sang biji pun 'lupa' kepada kulit yang membungkusnya sekian lama semasa sang biji dipuji-puji kerana keindahan dan kelazatan yang dinikmati manusia.Bukanhanya itu,semasa kulit dibuka dan biji diambil,kulitnya dibuang begitu sahaja.Tiada ungkapan terima kasih diucapkan sang biji kepada si kulit.Hal yang serupa pun terjadi semasa sang biji mula bercambah mengeluarkan tunas baru.Serta-merta kulit keluar perlahan-lahan dilupakan bahkan busuk tanpa diketahui sang biji yang lebih menumpukan perhatian kepada tunas baru yang mula tumbuh.Ini kisah yang indah bagaimana kita sering lupa mengucapkan terima kasih bagaikan kacang lupakan kulit.



P/S: Aku nak bagitahu nih dekat korang.Untuk pengetahuan korang semua,pakar komunikasi berkata,ada tiga kata ajaib yang dapat membina hubungan baik antara insan iaitu terima kasih,maaf, dan tolong.Daripada himpunan 3 kata ini,kata 'terima kasih' memiliki kekuatan yang terbesar.Apabila dikategorikan berdasarkan yang penting,2 kata yang penting adalah 'terima kasih'  manakala satu lagi yang penting adalah 'kami'.Kata yang paling kurang penting ialah 'saya'.Ungkapan terima kasih sesungguhnya didasari rasa syukur kepada Tuhan atas rahmatNya kepada seseorang.Tuhan menggunakan orang lain bagi membantu seseorang melakukan sesuatu ataupun memberi sesuatu.Itulah sebabnya mereka yang jarang mengungkapkan rasa terima kasih memiliki rasa syukur yang kurang mendalam kepada Tuhan.

Ulasan aku pulak untuk kata 'kami' tu mungkin sebab macam 'teamwork'.sebab tu penting apabila bekerjasama antara satu sama lain.Jadi istilah 'kami' tu sesuai dan amat penting.Kata 'saya' pula,ia menyatakan tentang diri sendiri.Tidak mempunyai sebarang kekuatan.Sampai bila kita mampu sendiri dengan tidak mendapat sokongan daripada sesiapa?Tidak mungkin kita akan berdiri lama.Mesti akan hadir seseorang untuk membantu anda walaupun hanya sekadar sokongan dan dorongan..Ye tak?Aku bukan professor untuk buat kaji selidik ni.tapi bagi aku,inilah yang aku faham mengenai istilah yang digunakan..kalau ada sebarang kesilapan pada apa-apa yang aku ungkapkan ini,anda dialu-alukan untuk memperbetulkan kesalahan yang aku dah buat..TERIMA KASIH... ;)

BY : IKHWAN BASHEER


This entry was posted on Tuesday 14 February 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply