Kebijaksanaan Luqman al-Hakim

Assalamualaikum..

Kebijaksanaan Luqman al-Hakim..

Ibn Kathir berkata,"Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' tentang kebijaksanaan Luqman adalah seperti berikut :
~Luqman adalah lelaki yang cekal dengan kebenaran
~Pendiam,banyak bertafakur,dan berpandangan jauh.
~Tidak pernah tidur di siang hari
~Tidak pernah meludah,tidak berkahak
~Tidak membuang air besar dan air kecil
~Tidak pernah mandi
~Tidak bermasam muka dan tidak ketawa
~Tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya.
~Pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu.
~Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar.

Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah."(Al-Bidayah wa al-Nihayah:2/124)

Pendapat yang masyhur dalam kalangan para ulama dan ahli tafsir mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukan seorang nabi.Allah Azzawajalla telah menyebut nama Luqman dalam al-Quran dan mengangkat martabatnya.

Terdapat riwayat yang membidas pendapat ini dengan mengatakan Luqman adalah seorang hamba Habsyi.Oleh sebab itu,beliau tidak layak menjadi nabi.Ini sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa nabi ialah seorang yang merdeka daripada kalangan bani Adam,menerima wahyu dan membawa syariat,sama ada diperintahkan oleh Allah Azzawajalla agar menyampaikan kepada seluruh umat manusia ataupun tidak.

Ayat al-Quran sendiri menjelaskan bahawa Luqman seorang yang bijaksana(al-Hakim),bukannya seorang nabi.(Wasaya wa Mawa'iz li Luqman al-Hakim fil al-Quran).

~sekadar gambar hiasan~


Sumber rujukan :Buku tulisan Ahmad Hasan Mohd. Nazam


by:

This entry was posted on Sunday 12 February 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply