Menolak Pusaka Kerana Takut Dosa

Assalamualaikum..


Ni saya nak berkongsi mengenai harta pusaka yang dipetik daripada majalah SOLUSI.

~Sekadar gambar hiasan~

Rasulullah s.a.w. memberi ingatan kepada sesiapa yang memperoleh harta tetapi tidak menepati piawaian syarak.
Kedudukan ini dapat dilihat dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa;"Telah datang dua orang lelaki ke rumah Rasulullah s.a.w. yang bertikai mengenai harta pusaka yang telah lama (tidak diselesaikan) dan kedua-dua daripada mereka tidak mempunyai bukti melainkan saling mendakwa antara satu sama lain.
"Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda kepada mereka yang bermaksud:"Sesungguhnya,kamu menemuiku untuk mengadu pertikaian kamu kepadaku,sedangkan aku ini manusia biasa.Mungkin ada antara kamu yang lebih petah dalam menyampaikan hujahnya daripada orang lain.Aku hanya memutuskan perkara yang dipertikaikan menurut apa yang aku dengar daripada keterangan yang aku berikan.Sesiapa yang aku putuskan baginya sesuatu dari hak saudaranya,maka janganlah diantara kamu mengambil sesuatu pun kerana sesungguhnya aku telah memberikan kamu "'sepotong' api dari neraka".
"Setelah Rasulullah s.a.w. bersabda demikian,kedua-duanya pun menangis lalu berkata:"Hak kepunyaanku aku berikan kepada saudaraku ini".
"Apabila mendengar kata-kata mereka itu,Rasulullah s.a.w. pun bersabda kepada kedua-duanya:'Oleh kerana kamu sudah lakukan apa yang kamu hendak lakukan,maka bahagikanlah (harta tersebut) dan kamu berdua carilah kebenaran (keadilan).Kemudian kamu pilih,dan hendaklah setiap orang dari kamu menjadikan saudaranya dalam keadaan halal(terlepas) daripada tanggungan(tuntutan)".
(Riwayat Abu Daud)

by:

This entry was posted on Sunday 12 February 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply